Kursus penyediaan makanan…

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam selesai menghadiri krusus penyediaan makanan yang di anjurkan oleh MBSA. Walaupun hujan lebat di pagi hari masih tidak dapat memadamkan semangat saya untuk menghadirinya.

Slot pertama merupakan pengurusan kewangan.  Banyak ilmu yang dapat saya peroleh walaupun krusus tersebut hanya mengambil masa yang singkat. ingin saya kongsikan dengan anda di luar sana.

Mungkin anda telah melakukannya..

Pernahkah anda mengagihkan pendapatan anda??

Mungkin pernah dan adakah secara berterusan??

Daripada ilmu yang saya dapat,  sepatutnya pendapatan kita perlu di agihkan kepada 6 bahagian.

1- Akaun Generasi 10%

- Merupakan wang yang kita simpan untuk generasi kita akan yang akan datang ataupun yang dah ada.Contohnya kita ada anak, dan kita simpankan wang untuknya RM100,000. yang pokok jangan usik..

2-Akaun Pendidikan 10%

-Walaupun anda belum berumah tangga harus di ingat jangan lupa menyimpan untuk tabung pendidikan anak-anak anda juga. Jangan anda pikir PTPTN boleh membantu. Berbagai kemungkinan boleh berlaku. Contohnya PTPTN dihapuskan apa akan terjadi kepada pendidikan anak kita jika kita tiaada simpanan.

3-Akaun Hidup 55%

-Sepatut dan seharusnya sebanyak 55% sahaja daripada pendapatan anda yang boleh digunakan untuk keperluan kita. Bukan kesemuanya. Ramai orang biasa yang tidak sedar perkara ini.

4-Akaun Ganjaran diri 10%

-Ini merupakan hadiah untuk diri anda, contohnya untuk beli hanfon, baju, laptop dan sebagainya. Tidak semestinya hendak tunggu hari lahir baru nak beli hadiah..

5-Akaun Modal 10%

-Harus di ingat perniaggan yang maju adalah perniagaan yang berkembang. Jadi anda perlu juga mengagihkan pendapatan anda untuk pengembangan perniagaan anda.

6-Akaun Pulangan 5%

-Pendapatan yang di agihkan untuk modal pusing perniagaan anda.

**HARUS ANDA AGIHKAN PENDAPATAN ANDA SETIAP HARI JIKA PENDAPATAN ANDA DAPAT SETIAP HARI**

nasi ayamSlot kedua barulah penyediaan makanan. Walaupun slot ini biasa bagi saya dan agak boring saya tetap bersemangat menyalin note walaupun di gelak oleh saudara Zulka, Berkat yang saya dapat, saya dapat jawab soalan yang di ajukan. Sebagai ganjaran dapatla hamper. So takderla rugi sebab barang-barang yang saya dapat bernilai lebih daripada RM34.00 dan layak untuk menghadiri kelas memasak NASI AYAM HAINAN di menara telekom pada 20/8/2009 pada jam 2:30 SECARA PERCUMA. TQ Allah.

Kursus habis habis dalam pukul 1:00 Tghr, Lepas ambil makanan saya terus ke klang untuk mencari barang-barang yang masih saya tiada lagi. Antaranya Kanopi dan tarmos untuk nasi, sup dan ayam. Alhamdulillah Ayah menyelamatkan saya sebab dia ada semua benda itu. Dapatla saya jimatkan wang dan boleh saya gunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Di kesempatan ini saya nak mempelawa anda semua untuk ke gerai saya pada bulan ramadan ini.

Lokasi: Tapak Bazar Ramadan Seksyen 20 Shah Alam,

Tapak: No 17

Menu: Nasi Ayam D1

Harga: RM3:80

Salam

Rosazaman

4 thoughts on “Kursus penyediaan makanan…

  1. Ape kata kalu harga nasi ayam 2 dikurangkan kpd RM3.50 @ RM3.20 @ Rm3.. bkn ape kalu niaga mahal2 sgt tlt org xnak beli..ni cuma pendapat je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s