Aku dan Takaful..

Assalamualaikum semua..

Untuk artikal kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri, AKU DAN TAKAFUL..

Sebenarnya saya terlibat di dalam industri ini secara tidak sengaja. Kalau nak cerita bagaimana permulaannya, agak segan sebenarnya. Senang kata bukan senang orang MLM nak join bidang takaful ni.. Jika anda seorang agent takaful yang ingin mengajak rakan MLM menyertai takaful sebagai perunding mesti ada pengalaman ini. Orang MLM otak dia dah kena basuh kaw – kaw. Oleh sebab itu kebiasaannya dia orang akan tutup telinga bila nak agak menjadi agent ni. Buat pekak jer.. lagi sakit hati, nampak macam ok bila follow up call tak angkat.. hehehe (itu adalah saya dulu hahahaha)

Almaklumlah saya agak lama dalam industri MLM hampir 7 tahun. Jadi perasaan ego tu ada.  Bila berpeluang berjumpa dengan GAM Annuar Rohaini (Group Agency Manager) saya bertanyalah perjalanan industri ini macam mana, lebih-lebih lagi step-step (beserta % dan overiding) yang perlu saya tempuh untuk mencapai tahap tertinggi. Ternyata apa yang saya fikirkan sebelum ini jauh sangat berbeza (rupanya saya kena tipu dengan leader MLM saya dulu). Hampeh..

Sebenarnya bidang dan kerjaya ini sangat hebat. Saya bersyukur kepada Allah kerana menemukan kerjaya ini. Kini saya gembira dengan apa yang lakukan. yang pastinya bukan kekayaan dunia sahaja yang kita perolehi malah lebih penting lagi adalah kekayaan yang hakiki di alam terakhir kita nanti.

Di dalam industri ini kita adalah mujahid,  kerana kita membela nasib balu-balu dan anak-anak yatim.

Disamping pendapatan yang berterusan yang kita perolehi, perkara yang lebih besar lagi adalam kita dapat memberikan sinar kepada orang lain. Indahnya industri ini sukar untuk saya gambarkan. Patutlah dahulu semasa saya menyertai MLM susah benar ingin mengajak orang insuran/takaful untuk menyertai saya. Rupa-rupanya industri 100 kali ganda lebih baik dari MLM.  Banyak faktor yang menyebabkan saya berkata begitu.

Disini saya ingin menengaskan bukannya MLM tak bagus, kerana masih ada yang berjaya disana. Dan kebanyakan orang MLM tidak mahu menyertai menjadi agent takaful kerana mereka tak sabar dan mahukan hasil yang cepat seperti MLM.

Contoh yang sesuai saya ingin berikan ialah seperti kita ingin ketingkat 10 ke sesuatu banggunan, mereka lebih suka menggunakan lif, agar segera sampai tak ramai yang mahu menggunakan tangga. kerana menggunakan tangga penat dan lambat. Mereka tak sedar menggunakan lif berisiko, kerana kalau rosak akan terus jatuh ke tingkat bawah. Berbeza jika mereka menggunakan tangga. Walaupun lambat ianya selamat, katakan dia dah berada di tinggkat 10 kalau terjatuh pun ke tingkat 9 1/2. kalau jatuh lagi pun ke tingkat 9.  sebab tangga ziz zek. hahhaha.

Kenapa saya bagi contoh lif.? MLM sekarang akan suruh orang keluar modal besar terus untuk beli pangkat, tu senario MLM sekarang. memang bulan tu letup. lepas tu habis. Base client takder.. so macam mana nak kekal… Betul tak?..

Kepada yang terasa saya minta maaf.. tapi Renung-renungkanlah..

Tiada yang mustahil, Yes or No sahaja..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana meminjamkan nikmat kesihatan kepada saya dan rakan seperjuangan saya..

Siang tadi saya menerima panggilan daripada salah seorang rakan seperjuangan berkata.

” bang tadi Great Eastern ada call, dia minta gambar saya, katanya gambar saya akan masuk newspaper. Saya  antara top agen baru yang layak. Contest Olympic. contest apa tu abang? abang takder cerita pun”  saya tergelak besor, itulah hasilnya jika buat apa yang di suruh.. pernghargaan datang kemudian…

Tahniah Ustaq Musyrif  nama berada di dalam Top 3 Takaful Rookie (agen baru) bagi kategori GE Olympic Great Achievers Advertisment

Malah bukan itu sahaja turut menempatkan nama di Velocity Magazine Recogntion. Top 10 Takaful agen..

Tahniah juga buat Masrinie Salim, Turut menempatkan nama juga di Top 10 takaful Rookie agen.. Tak sia-sia saya menurunkan ilmu…

Tiada perkara yang mustahil jika kita berkehendakan…

Jika anda ingin bersama sama saya membina kerjaya yang indah di Great Eastern Takaful anda bolehlah menhubungi saya..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436