Gaji tak cukup?

Asaalamualaikum semua..
Terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri. Saya sangat setuju  keratan akhbar  kosmo 15hb april ini.

image

Dengan kehidupan di kota Berpendapatan RM2500 sebulan bukanlah satu angka yang besar. Itu pun mujur jika dapat gaji sebanyak itu. Lebih malang lagi ada dikalangan sahabat saya cuma berpendapatan sekitar RM1500 – 1800 sahaja.

image

Kadang-kadang memang rasa sedih juga lebih-lebih lagi yang tidak berusaha untuk berubah. Sebenarnya banyak peluang-peluang yang ada. Cuma kita sahaja yang tidak berani untuk berubah.

Kalau kita sanggup menghabiskan masa bertahun untuk segulung diploma atau ijazah. Pernahkah kita terfikir, Berapa ramai yang apabila mereka keluar, mereka bekerja bidang yang mereka pelajari?. Kadang kala pekerjaannya jauh tersasar daripada apa yang mereka pelajari.

kalau anda tidak selesa dengan apa yang peroleh dan mahu untuk berubah anda bolehlah menghubungi saya.

Jom Bina kerjaya dan berjaya bersama-sama di Great Eastern Takaful

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Selagi kita SIHAT…

Assalamualaikum semua…

Adakah anda sihat hari ini? jika ya Al hamdulillah…

Tajuk entry saya hari ini adalah selagi kita sihat, Ini kerana orang kita (melayu) terlalu banyak sangat alasannya jika ingin berbicara tentang takaful.

Jika ditanya pasti jawapan yang di berikan seolah-olah cuba untuk mengelak..

Ini adalah yang alasan yang paling biasa sangat saya terima

  1. Syarikat dah ada bagi

persoalannya sekarang

  1. Adakah anda yakin anda akan bekerja sehingga pencen di syarikat tersebut?
  2. Katakanlah sehingga pencen, selepas pencen adakah majikan anda tetap akan menanggung kos rawatan anda?
  3. Katakanlah anda betukar kerja, adakah majikan lama anda akan tetap menanggung kos rawatan anda?
  4. katakanlah anda pekerja yang setia, Adakah anda pasti selepas anda di timpa musibah majikan akan tetap menggaji serta menanggung bil rawatan anda?

cukupla saya bagi yang ini sahaja sebagai renungan anda.. bukalah minda dan fikir-fikirkanlah…

ni petikan akhbar sebagai renungan

majikan yang baik hati

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Peti Besi Suami.. Kau Ada??

 peti besi

Assalamualaikum semua..Penulisan saya kali ini khas saya tujukan kepada kaum ibu/isteri di luar sana. Hari ini di rumah anda ada tak peti besi suami anda. Yang mana diut dimasukkan oleh suami tetapi kunci anda yang memegangnya?

Hahahah Kenapa jadi macam tu?..

Kalau si suami sayang anda adakah dia telah melakukan ini?

SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan : “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Jika tidak. Apakah salahnya jika suami anda ambil satu plan takaful. Cover sekurang- kurangnya setahun punya pendapatan untuk bekalan untuk isteri dan anak.. Kan bijak tu namanya..

Di Great Eastern Takaful ada plan serendah RM25 sebulan.. Takkan tu pun tak mampu (sedangkan rokok RM10 sehari mampu).

Untuk keterangan lanjut tentang plan bolehlah menghubungi saya.

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

 

Sumbangan Takaful lebih besar dari bayar kereta?

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman saya bersama dengan client saya. Saya rasa ianya sangat menarik untuk di kongsikan. Oleh itu saya muatkan dalam blog saya ini untuk perkongsian bersama.

Kisah bermula pada minggu lepas apabila saya melawat client saya yang merupakan seorang cikgu yang demam.

Sebelum itu, cikgu ini telah mengambil plan medical untuk satu keluarga (3 beranak) tetapi hanya mengambil yang basic sahaja (ILP, investment link plan) dengan harga yang paling minimum. RM360 sebulan untuk satu keluarga. Dan dalam masa kurang dari 2 tahun cikgu ini dan anaknya telah menggunakan manfaat ini dengan kos sebanyak hampir RM8,000 (cikgu RM4,000 dan anak RM3,800 (2 kali claim demam))

Disebabkan  beliau dah  menggunakkan manfaat ini baru beliau rasa pentingnya melakukan penambah baikkan. Ini kerana elaun hospital beliau tidak mahu dimasukkan pada masa tersebut dan beliau ingin upgrade kepada bilik yang lebih selesa.

Berikut adalah petikan daripada perbualan saya dengan cikgu tersebut.

Cikgu: Man, kalau nak upgrade plan apa yang ko cadangkan?

Saya: Saya cadangkan upgrade bilik dan masukkan elaun hospital.

Cikgu: Berapa budjet yer.

Saya: Kalau nak cantik dalam RM150 sebulan

Cikgu: Mak ai macam saya punya.

Saya: Tu kalau nak cantikla, sebab banyak manfaat. Kalau cikgu buat masa 2 tahun lepas RM130 dah cukup baik dah.

Cikgu: Man, nak tanya sikit, untuk anak anak man ambik yang mana? (kebetulan saya datang melawat bersama dengan wife dan anak-saya)

Saya: Anak yang kecik ni RM 150 yang dua lagi ni RM130 je.

Cikgu: Man punya berapa? satu keluarga berapa?

Saya: Saya punya RM400, satu keluarga dalam RM 1,200.

Cikgu: Mak ai, Man punya jer dah macam saya punya satu keluarga. Satu keluarga punya dah macam saya bayar civic saya.

Saya: …..Senyum jer….  Mungkin boleh saya beli civic seperti cikgu, Cuma jika apa apa berlaku pada saya dan keluarga tiada apa yang saya boleh buat…

civic

Bagi saya apa yang cikgu buat tu dah cukup okey. Sebab medical yang penting. Tetapi jika ada lebihan blehlah tambah manfaat lain. Contonya, Badal haji, penyakit, jaminan pendapatan, kemalangan dan sebagainya.

Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk merancang.

Salam

buatkan saya quotation

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

malang tak di duga, datang tak kenal usia..

Assalamualaikum,

Hari ini saya dengan wife melawat rakan sekelasnya yang yang baru pulang membawa balik anaknyapulang dari hospital Sultan Ismail Johor. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap lukemia tahap 4, saya sungguh berasa sedih apabila menurut kata ibunya anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia mengidap penyakit tersebut, malah lebih mengejutkan lagi penyakit tersebut berada di tahap kritikal.

Malah di siang harinya sebelum kejadian anaknya sempat main air di depan rumah dengan rakan-rakannya. Pada malam tersebut anaknya dimasukkan ke ICU. Jiran jiran tertangga turut terkejut dengan kejadian itu.

Kini anaknya yang sebelum ini agak agresif dan aktif menjadi sangat pasif. Malah buat masa ini tidak mampu untuk berjalan. Salur paip di hidung(untuk makanan dah ubat ) terpaksa digunakan.

Anaknya sekarang dalam proses kimo. Dan air tulang belakang sudah diambik sebanyak 3 kali, menurut ibunya perlu ambil dalam 14 kali. Bayangkan penderitaan anak kecil ini. Emaknya terpaksa cuti tanpa gaji. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan adik ini, adam namanya. Semoga dia lekas sembuh seperti sediakala. Aminn

p:s/ Ibu saya menginggal dunia kerana penyakit ini semasa saya berusia 5 tahun.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Takaful vs Konvensional..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman sepanjang beberapa minggu ini. Bagi saya ianya satu perkara yang serius dan perlu di ambil berat.

Pada awal tahun ni, saya di hubungi oleh seorang agent meminta quotation daripada saya (dia takder beri tahula agent, saya cek email dia di google)

Bila dah tahu saya pun tanyala, awat usik saya hehehe… Jawapan yang saya dapat. Memang dia sekarang ni agent, cuma dia kecewa kerana agencynya (melayu) main langgar jer suruh jual konvensional. Katanya lagi, leader dia kata client bukan tahu pun kalau kita bagi konvensional. Matlamatnya sama jer, yang penting kita buat sales. Lebih kurang mcm tula bunyinya.. Lebih kecewa lagi dia baru tersedar polisinya satu keluarga yang di ambil dengan leader tersebut di sangkakan takaful rupa-rupanya konvensional. kesedaran itu setelah dia jadi agent, tahu beza logo. Kalau tak jadi agent sampai ke sudah rasanya dia tak tahu.

Oleh sebab mahukan takaful dia matikan polisi konvensionalnya. Tetapi leadernya marah minta untuk di teruskan. Keputusan yang di ambik terus tutup dan terus taknak menjadi agent di agencynya..

Yang kedua ni baru beberapa hari lepas saya jumpa. Pun perkara yang hampir sama. Sahabat lama saya, Dia telah pun lulus exam takaful, PCE dan CHELI dan bersedia untuk menjadi agent takaful. Tetapi kemuskilan yang berlaku apabila agencynya (melayu) turut menyuruh menjual konvensional. Dia dah konfius, ingat masuk kumpulan melayu perkara tu tak berlaku.. lagi-lagi nama kumpulan ala ala arab sikit.

Yang kelakarnya, masa saya jumpa dia, dia kata “Razman, Agency Manager XX XX datang naik Audi, Merc aku ajak join, Ko Agency Manager gak datang naik moto jer”

Jawapan saya  “Aku datang sebab ko yang nak jumpa aku, dan hari ni adakah dengan aku bawa kereta besar ia boleh menentukan kejayaan ko?, Kalau tu tanggapan ko ko silap, sebab semuanya bermula dari dalam diri ko.”

Renungan bersama.

Jika kita ni agent pastikanlah kita memberian produk takaful. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata kerana hidup kita bukanlah di dunia sahaja.

Jika kita ni client, pastikan anda memilih takaful sebelum nak sain borang. Kerana takaful itu lebih baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Goal Setting 2013 My Team

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan syukur kumpulan semakin membesar, untuk tahun ini goal setting akan dilakukan 2 kali . Tidak seperti tahun lepas yang mana goal setting dilakukan di tengah-tengah (Hotel Seri Malaysia, Melaka)

Pada tahun ini, untuk team Johor dibuat pada 30/12/2012 bertempat di The Zone Hotel, Dan untuk team KL saya akan adakan pada 8/1/2012 bertempat di Menara Great Eastern. Sesi pertama telah selesai, Walaupun letih saya rasa puas kerana setiap rakan-rakan seperjuangan kini mempunyai matlamat yang jelas untuk ditujui.

Untuk tahun ini Tag Line untuk Goal Setting “Realistic to Achieve” dan bertajuk ” Bagaimana ingin mencapai Agency Manager dalam masa 2 tahun”. Tajuk berdasarkan pengalaman sebenar.

IMG_1393

InsyaAllah semoga segala rancangan berjalan seperti apa yang di rancangkan..

Pada anda yang ingin serta team saya. Anda bolehlah menghubungi saya untuk sesi temuduga

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager

019-2699436

Aku dan Takaful..

Assalamualaikum semua..

Untuk artikal kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri, AKU DAN TAKAFUL..

Sebenarnya saya terlibat di dalam industri ini secara tidak sengaja. Kalau nak cerita bagaimana permulaannya, agak segan sebenarnya. Senang kata bukan senang orang MLM nak join bidang takaful ni.. Jika anda seorang agent takaful yang ingin mengajak rakan MLM menyertai takaful sebagai perunding mesti ada pengalaman ini. Orang MLM otak dia dah kena basuh kaw – kaw. Oleh sebab itu kebiasaannya dia orang akan tutup telinga bila nak agak menjadi agent ni. Buat pekak jer.. lagi sakit hati, nampak macam ok bila follow up call tak angkat.. hehehe (itu adalah saya dulu hahahaha)

Almaklumlah saya agak lama dalam industri MLM hampir 7 tahun. Jadi perasaan ego tu ada.  Bila berpeluang berjumpa dengan GAM Annuar Rohaini (Group Agency Manager) saya bertanyalah perjalanan industri ini macam mana, lebih-lebih lagi step-step (beserta % dan overiding) yang perlu saya tempuh untuk mencapai tahap tertinggi. Ternyata apa yang saya fikirkan sebelum ini jauh sangat berbeza (rupanya saya kena tipu dengan leader MLM saya dulu). Hampeh..

Sebenarnya bidang dan kerjaya ini sangat hebat. Saya bersyukur kepada Allah kerana menemukan kerjaya ini. Kini saya gembira dengan apa yang lakukan. yang pastinya bukan kekayaan dunia sahaja yang kita perolehi malah lebih penting lagi adalah kekayaan yang hakiki di alam terakhir kita nanti.

Di dalam industri ini kita adalah mujahid,  kerana kita membela nasib balu-balu dan anak-anak yatim.

Disamping pendapatan yang berterusan yang kita perolehi, perkara yang lebih besar lagi adalam kita dapat memberikan sinar kepada orang lain. Indahnya industri ini sukar untuk saya gambarkan. Patutlah dahulu semasa saya menyertai MLM susah benar ingin mengajak orang insuran/takaful untuk menyertai saya. Rupa-rupanya industri 100 kali ganda lebih baik dari MLM.  Banyak faktor yang menyebabkan saya berkata begitu.

Disini saya ingin menengaskan bukannya MLM tak bagus, kerana masih ada yang berjaya disana. Dan kebanyakan orang MLM tidak mahu menyertai menjadi agent takaful kerana mereka tak sabar dan mahukan hasil yang cepat seperti MLM.

Contoh yang sesuai saya ingin berikan ialah seperti kita ingin ketingkat 10 ke sesuatu banggunan, mereka lebih suka menggunakan lif, agar segera sampai tak ramai yang mahu menggunakan tangga. kerana menggunakan tangga penat dan lambat. Mereka tak sedar menggunakan lif berisiko, kerana kalau rosak akan terus jatuh ke tingkat bawah. Berbeza jika mereka menggunakan tangga. Walaupun lambat ianya selamat, katakan dia dah berada di tinggkat 10 kalau terjatuh pun ke tingkat 9 1/2. kalau jatuh lagi pun ke tingkat 9.  sebab tangga ziz zek. hahhaha.

Kenapa saya bagi contoh lif.? MLM sekarang akan suruh orang keluar modal besar terus untuk beli pangkat, tu senario MLM sekarang. memang bulan tu letup. lepas tu habis. Base client takder.. so macam mana nak kekal… Betul tak?..

Kepada yang terasa saya minta maaf.. tapi Renung-renungkanlah..

Alami dunia kesihatan yang baru…

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda petikan akhbar hari ini 8/10/2012..

Mungkin situasi sebegini takkan berlaku jika kita ada kesedaran awal. Atau gambaran yang lebih mudah ingin saya tunjukkan adalah seperti ini.

Kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik..

Hubungi saya jika anda ingin mengetahui plan perubatan dari Great Eastern Takaful. atau dapatkan Quotation percuma sekarang…

Rosazaman/Razman

019-2699436

buatkan saya quotation